Penamaan, Pengumuman Calon Di Seluruh Negara Berjalan Lancar – SPR

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) — Proses penamaan dan pengumuman calon Pilihan Raya Umum ke-13 di pusat-pusat penamaan di seluruh negara hari ini berjalan lancar, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau malah berkata pengumuman itu oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) pada proses penamaan kali ini adalah antara yang paling cepat berbanding proses penamaan pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, terdapat sedikit masalah teknikal yang menyebabkan analisis keseluruhan proses itu agak lewat, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sidang berita yang dijadualkan di Ibu Pejabat SPR di sini turut dibatalkan berikutan kelewatan itu, namun kenyataan media akan dikeluarkan bagi memberi analisis penuh keputusan penamaan kali ini.

Sebanyak 222 pusat penamaan dibuka di seluruh negara mulai jam 9 pagi Sabtu dan ditutup pada jam 10 pagi, untuk menerima pencalonan bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR menetapkan 5 Mei ini sebagai tarikh pengundian, dengan itu calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen bermula selepas proses penamaan calon.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s