35 calon tanding 15 kerusi Dun Perlis

KANGAR – Sebanyak 35 calon disahkan bertanding merebut 15 kerusi dewan undangan negeri (Dun) Perlis dan tujuh calon bersaing di tiga kerusi parlimen negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 ini.
   
Senarai calon diumum serentak di tiga pusat penamaan iaitu di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Beseri bagi kawasan Parlimen Padang Besar, Kompleks Warisan (Parlimen Kangar) dan Dewan Sivik Arau (Parlimen Arau).
   
Lima kerusi Dun dan satu kerusi parlimen iaitu Arau menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), pembangkang dan Bebas.
   
Kerusi Parlimen Arau ditandingi bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim (BN),  Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dan seorang ahli perniagaan Zainudin Yom yang bertanding atas tiket Bebas.
   
Turut menjadi tumpuan ialah kerusi Dun Pauh yang menyaksikan bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Azlan Man, 54 sebagai calon BN ditentang Ketua Dewan Ulamak Pas Perlis Idris Yaakob, 60.

Azlan adalah antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi menteri besar Perlis yang baharu selepas Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak bertanding kali ini.
   
BN Perlis turut mempertaruhkan dua calon wanita iaitu Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad, 63 bagi kerusi Dun Bintong dan Ketua Puteri Umno Perlis Asmaiza Ahmad, 38, bagi Dun Chuping.
   
Beberapa calon muda turut tersenarai termasuk ulama Fathul Bari Mat Jahaya, 33, yang bertanding atas tiket BN di kerusi Dun Sanglang bertemu Ketua Penerangan Pas Perlis Mohd Shukri Ramli.
   
Ketua Angkatan Muda Keadilan Ammar Gazali, 30, menjadi calon termuda bertanding di Perlis. Beliau akan mencabar penyandang Kahiri Hasan (BN) di kerusi Dun Mata Ayer.  – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s