Polis Jamin Keselamatan Di Semporna Pada Hari Penamaan Calon Esok

SEMPORNA, 19 April (Bernama) — Orang ramai khususnya penyokong parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 di Semporna tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan pada hari penamaan calon esok.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata persiapan mengenai kawalan keselamatan di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna telah diatur rapi.

Beliau berkata polis telah menetapkan jalan serta kawasan khas untuk penyokong yang hadir.

“Penyokong ditempatkan di padang Bandaran dan perlu mengikut tempat yang telah ditentukan buat mereka untuk memastikan keselamatan semua pihak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan terakhir petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Masyarakat Semporna, di sini, Jumaat.

Mohd Firdaus berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana bilangan anggota polis mencukupi dan akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Semporna serta kelengkapan logistik termasuk kereta perisai.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s