JPA Buat Penilaian Sebelum Umum 6 Mei Cuti Atau Tidak

KUCHING, 19 April (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat penilaian sama ada mengistiharkan 6 Mei, sehari selepas hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebagai hari cuti.

Beliau berkata penilaian mungkin juga boleh dibuat oleh jabatan masing-masing, selain penjawat awam yang mengundi, mengambil cuti tahunan.

“Di peringkat pusat, kita belum putuskan lagi… saya akan minta JPA lihat balik dan tengok berapa ramai terlibat dengan PRU13,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang mengumumkan Isnin, sehari selepas pengundian, sebagai hari cuti.

Kerajaan Kelantan sudah mengumumkan bahawa hari pengundian pada 5 Mei, yang jatuh pada hari Ahad, hari bekerja di negeri itu, sebagai cuti peristiwa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s