Nicole Wong tetap mahu berkempen walau dalam pantang

KUALA LUMPUR – Muka baharu MCA yang diletak bertanding di kawasan Parlimen Seputeh, Nicole Wong Siaw Ting akan tetap turun berkempan walaupun masih dalam keadaan ‘berpantang’ selepas melahirkan bayi lelaki kedua 18 Mac lepas.

Sambil menyatakan kegembiraannya menjadi ibu dan dipilih sebagai calon, Nicole, 33, berkata tempoh berpantang tidak akan menghalangnya untuk turun berkempen.

“Saya tidak menjadikan tempoh berpantang sebagai halangan untuk berkempen sebaliknya mahu lebih gigih berbuat demikian,” katanya hari ini.

Beliau yang merupakan anggota Jawatankuasa Wanita MCA Pusat dan Timbalan Ketua Beliawanis MCA adalah antara 12 muka baharu Barisan Nasional yang diumumkan bertanding di Wilayah Persekutuan.

Nicole berkata, beliau langsung tidak menyangka dipilih sebagai calon.

“Ketika sedang mengandung, saya diminta turun padang atas kapasiti saya sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Penyelaras BN Seputeh, Datuk Chai Kim Sen.

Antara lain saya bertemu penduduk dan cuba menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Kerusi Seputeh kini disandang Teresa Kok dari DAP. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s