Calon Baru BN PRU Ke-13: 33 Peratus Parlimen, 49 Peratus DUN

KUALA LUMPUR, 15 April – Barisan Nasional (BN) membariskan seramai 33 peratus calon baru untuk peringkat Parlimen dan 49 peratus untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ujarnya, walaupun BN meletakkan calon-calon baru namun ia masih membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada terdiri daripada mereka yang ada pengalaman berkhidmat sama ada sebagai wakil kerajaan atau wakil rakyat.

“Ini adalah kerana imbangan daripada pengalaman amat penting sebab kita bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan sebagai sebuah parti dengan mandat yang baru bagi menubuhkan kerajaan akan datang tetapi kita juga perlu mempunyai mereka yang mampu untuk mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan calon PRU ke-13 kepada pengerusi kompenan parti dalam BN dan juga Pengerusi Badan Perhubungan BN peringkat negeri di Ibu Pejabat BN, hari ini.

“Senarai ini merupakan barisan calon-calon BN yang pada hemat saya adalah yang terbaik mampu disediakan selepas melalui satu proses yang panjang meliputi banyak perbincangan dengan komponen BN dan Pengerusi-pengerusi BN peringkat negeri.”

Jelasnya, keputusan dibuat dengan mengambil kira sentimen ataupun jangkaan daripada pengundi untuk melihat kepada perubahan dalam BN.

“Pada peringkat DUN hampir 50 peratus adalah muka baru yang dibuat untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi bahawa mereka ingin melihat BN dan UMNO yang sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan pembaharuan.

“Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru, tak ada pengalaman langsung maka ini akan membantutkan kerajaan BN untuk memenuhi harapan rakyat,” katanya.

Ujarnya yang juga Presiden UMNO, penilaian terhadap calon BN perlu dilihat dalam konteks secara menyeluruh.

“Maknanya bukan sahaja kepada mereka yang bertanding tetapi kemampuan barisan ini dalam konteks untuk menubuhkan kerajaan yang ampuh dan kerajaan yang kuat serta mampu untuk memenuhi kehendak dan jangkaan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

“Kita perlu melihat bukan saja dalam konteks PRU ke-13 ini tetapi selepas pilihan raya, apa kesudahannya, ia mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan segala-gala aku janji dalam menifesto BN.”

Bekaitan latar belakang calon, beliau menjelaskan bahawa BN cuba untuk memasukkan secara inklusif dengan penglibatan semua pihak.

“Dari segi penyertaannya terdiri dari pelbagai profesion, universiti, ada PTD, ada daripada badan-badan agensi kerajaan, ada juga profesional, doktor, peguam, ulama dikalangan kita dan sebagainya dan ada juga mereka yang popular di peringkat akar umbi.

“Ini kerana bukan semua wakil rakyat akan menjadi anggota kerajaan kerana sebahagiannya atau lebih ramai terpaksa berkhidmat kepada rakyat jadi penentuannya adalah kebolehan mereka untuk menjadi pemimpin di peringkat akar umbi.”

Sebelum itu beliau telah menyampaikan watikah kepada semua Presiden part-parti kompenan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO menerima watikah bagi pihak UMNO.

Turut dimaklumkan, pengumuman calon untuk setiap negeri akan berlangsung pada Selasa, dengan dilaksanakan oleh setiap Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri masing-masing. – MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s