Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, bekas menteri besar  itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.
“Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.
“Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.
“Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini,” katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang. – Harakadaily

Tersebar di Facebook juga Mantan MB Selangor turut sertai PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s