Anggota Umno Diberi Amaran, Tindakan Segera Diambil Jika Sabotaj Parti

BAGAN DATOH, 12 April (Bernama) — Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti.

Beliau berkata Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-13 berlangsung.

“Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.

“Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini, Jumaat.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan.

Ahmad Zahid berkata sukar bagi Umno untuk menerima anggota yang mensabotaj parti.

“Kita hanya terima anggota parti yang taat setia sahaja,” katanya.

Beliau mengingatkan semua bekas wakil rakyat dan pemimpin parti supaya menggotakan janji mereka untuk akur dan bersetuju menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan mewakili BN.

“Oleh yang demikian, jika ada yang tidak terpilih, jangan merajuk, jangan sabotaj parti dan jangan keluar parti. Perlu utamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi,” katanya.

“Utamakan maruah parti berbanding dengan maruah diri sendiri. Inilah semangat kepartian yang harus ada kepada setiap pemimpin dalam parti komponen BN,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s