LDP TANDING 5 KERUSI DUN SABAH

SANDAKAN : Presiden Parti Liberal Democratic Party (LDP) Datuk Liew Vui Keong berkata kerusi DUN Karamunting akan diserahkan semula ke tangan LDP untuk meletakkan calon BN pada PRU 13 ini nanti setelah Wakil Rakyat yang menang atas tiket LDP menyertai Gerakan.
 
 
“Ini adalah keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri yang akan memberi mandat sekali lagi kepada LDP sebagai rakan dalam Komponen BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) nanti,” ujar Liew.
Liew menambah, pucuk pimpinan BN yang mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada LDP pada PRU 13 ini bertanding di Karamunting setelah mengambil kira kecemerlangan LDP selama ini dalam menyumbang kemenangan parti pada PRU 12 yang lalu.
 
V.K Liew berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas mengadakan Majlis Perjumpaan Perayu Undi Parlimen Sandakan yang membabitkan lebih 500 ahli-ahli BN yang diadakan di Medan Selera dekat sini, kelmarin.
 
Semasa bercakap kepada pemberita di sini, kelmarin, Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong menegaskan tidak timbul lagi isu berbangkit berhubung parti mana yang layak untuk bertanding di Karamunting memandangkan pucuk pimpinan sudah memutuskannya.
 
Sambil menegaskan agar kerusi DUN yang diberikan semula kepada LDP hal ini tidak perlu lagi isu berbangkit berhubung parti mana yang layak untuk bertanding di kawasan Dun Karamunting memandangkan pucuk pimpinan sudah memberi persetujuan bahawa LDP telah diputuskan bertandingan di kawasan berkenaan.
 
Beliau berkata, kerusi Karamunting perlu terus kekal kepada LDP kerana semenjak 1999 lagi calon daripada parti itu berjaya memenangi pilihanraya di situ sehinggalah pada pilihanraya pada tahun 2008.
 
Katanya, walaupun pada masa yang sama parti lain memungkinkan masih mahu mempertahankan kerusi Karamunting namun mereka perlu menyedari bahawa kawasan tersebut adalah kuota LDP.
 
“Ia bukan isu lagi kerana pucuk pimpinan BN telah memutuskan dengan memberikan mandat sekali lagi kepada kita untuk bertanding di Karamunting pada PRU-13,” jelasnya.
 
Liew yang merupakan penyandang kerusi Parlimen P.186 Sandakan ditemui selepas Program Taklimat ‘V.K Bersama Mu’ N.45 Elopura di Medan Selera Tun Razak, dekat sini, kelmarin.
 
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Sandakan, Datuk Awang Sham Haji Amit dan Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Haji Alipudin Puyon.
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu LDP akan bertanding untuk satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Pantai Barat.
 
Beliau yang masih merahsiakan nama DUN berkenaan tetapi akan mengumumkannya dalam masa terdekat ini.
 
“Saya akan umumkannya juga … maknanya LDP kini akan ada pertambahan kerusi kepada lima apabila pucuk pimpinan memberikan mandat untuk kita bertanding di Pantai Barat nanti.
 
“Apa yang penting sekarang adalah usaha bagi memastikan kerusi-kerusi yang akan kita tandingi sekali lagi dapat dipertahankan semula,” katanya.
 
Ditanya apakah beliau akan terus kekal bertanding di Parlimen Sandakan, Liew menjawab “Sudah semestinya kerana saya sudah jatuh cinta dengan Sandakan … saya memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik apabila dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan ini.”
 
Liew yakin BN akan dapat mempertahankan semula Parlimen Sandakan kerana selama lima tahun beliau berkhidmat, rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepadanya dan juga parti pemerintah.
 
Ujarnya, berkat sokongan padu rakyat tidak ada masalah untuk parti mempertahankan kawasan yang akan ditandinginya itu. – sabahkini.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s