Pairin Pertahan Kerusi Keningau

PENAMPANG, 12 April (Bernama) — Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)  ini.

Beliau juga mengulangi kenyataan PRU13 ini adalah yang terakhir baginya. “Ini adalah pertarungan untuk kebaikan semua rakyat di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Gelombang Biru dan pelancaran jentera Barisan  Nasional (BN) Sabah yang bertema ”Tatap BN” di sini malam tadi.

Pelancaran itu dilakukan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Ditanya mengenai calon yang dikemukakan PBS pada PRU13 ini, Pairin berkata kemungkinan ada muka-muka baharu.

P/RAYA-SABAH (PAIRIN) 2 (AKHIR) PENAMPANG  Walaupun muka baharu, rakyat di Sabah harus menyokong calon BN ini demi kelangsungan program transformasi yang dilaksana kerajaan negeri dan pusat, kata Pairin yang merupakan ”Huguan Siou” atau pemimpin agung kaum Kadazandusun Murut itu.

“Kita tahu masyarakat bijak membuat penilaian yang tulus ikhlas dengan memberi sokongan kepada kepimpinan BN berbanding pembangkang yang tidak sehaluan apatah lagi pendekatan mereka sukar dipercayai,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pairin memenangi kerusi Parlimen Keningau dengan majoriti 4,264 undi mengatasi adiknya Datuk Jeffrey Kitingan yang  mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerusi DUN Tambunan pula dimenangi Pairin dengan majoriti 2,781 undi mengatasi Mozes Michael Iking juga daripada PKR.

— BERNAMA

KEPUTUSAN PRU 12

Sabah P180, N32, N33, N34

P180 KENINGAU
Jumlah Pengundi: 35,578
Peratusan Kaum: B/I: 23.62% B/B/I: 64.91% C: 11.36% L: 0.11%
1. Datuk Joseph Pairin Kitingan (BN) (14,598)
2. Datuk Dr. Jeffery Kitingan (PKR) (10,334)
3. Peter Kodou@Peter Anthony Kodou (DAP) (560)
Majoriti: 4,264
Jumlah undi: 25,956
Peratus mengundi: 72.96%
Undi rosak: 464
 
N32 TAMBUNAN
Jumlah Pengundi: 11,245
Peratusan Kaum: B/I: 8.2% B/B/I: 89.65% C: 2.09% L: 0.06%
1. Datuk Joseph Pairin Kitingan (BN) (5,601)
2. Koh Kui Tze@Francis Koh Lui Tze (Bebas) (157)
3. Moses@Mozes Michael Iking (PKR) (2,820)
Majoriti: 2,781
Jumlah undi: 8,694
Peratus mengundi: 77.31%
Undi rosak: 116

N33 BINGKOR
Jumlah Pengundi: 13,339
Peratusan Kaum: B/I: 26.42% B/B/I: 59.50% C: 14% L: 0.08%
1. Justin Guka (BN) (4,589)
2. Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (PKR) (4,418)
3. Victor Leornadus@Victor Leonardus (Bebas) (129)
4. Uling@Thomas Anggan (Bebas) (164)
Majoriti: 171
Jumlah undi: 9,455
Peratus mengundi: 70.88%
Undi rosak: 155

N34 LIAWAN
Jumlah Pengundi: 10,994
Peratusan Kaum: B/I: 36.01% B/B/I: 46.16% C: 17.64% L: 0.19%
1. Datuk Sairin Karno (BN) (4,661)
2. Jius Awang (PKR) (2,617)
3. Yapilin Nawawi (Bebas) (104)
4. Yangul@Lawrence Mogidau @Edau (DAP) (286)
Majoriti: 2,044
Jumlah undi: 7,811
Peratus mengundi: 71.05%
Undi rosak: 143

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s