Soalan Rakyat

Ada soalan untuk kerajaan?

AHLI-AHLI Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk
dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun
hingga 15 Julai.

Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah,
aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.
Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu
ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil
rakyat untuk rakyat dan negara.

Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada

parlimenpakatanrakyat@gmail.com
pasjohorbahru@gmail.com

Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:
– nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh)
– alamat dan no telefon
Ahli parlimen di kawasan anda

3 thoughts on “Soalan Rakyat

  1. 1. Mengapa Harga minyak negara kita dibezakan dengan harga minya dari Singapura,Thailand dan beberapa buah negara lagi?Kenapa Kerajaan TIDAK Membezakan Pendapatan Perkapita Rakyat Singapura Dengan rakyat kita.Thailand berapa banyak tol yg kena kalau dari bangkok ke hadtyai,dan malaysia berapa tol kita kena bayar dari penang ke kl?

    2. Satu tong minyak mentah berapa liter petrol kita dapat?Hanya separuh saja,selebihnya minyak lain,tapi kenapa rakyat perlu membayar harga penuh satu tong?

    3. Kenapa keraja pimpinan Pak Lah dan Najibsuka berbohong dengan janji palsu?Kata minyak tak akan naik tahun ni tapi naik juga.

    4. Datuk Shahair,dia suruh rakyat ubah cara hidup apabila minyak naik,nak ubah macam mana lagi,nak suruh semua guna pengangkutan awam,di bandar tak mengapa semua lengkap tapi di kampung2 macam mana?Nak dapat satu bas pun dekat satu jam.Dia ni hanya pandai cakap saja tapi tong kosong.Dah la perbelanjaan dia rakyat tanggung.

  2. Saya ingin bertanya akan mengapa rakyat Singapura dibenarkan membeli bahan makanan harian seperti minyak masak,tepung dan barang-barang lain dalam kuantiti yang banyak untuk dibawa pulang ke negara mereka? Dan mengaopa tidak dihadkan kuantiti bahan api yang boleh dibeli oleh mereka? Mengapa mereka juga membayar seliter petrol pada harga RM2.70 sama seperti rakyat Malaysia? Saya mencadangkan agar cukai dikenakan terhadap rakyat Singapura yang membeli bahan keperluan di negara kita diwujudkan/dinaikkan kadarnya serta dihadkan kuantitinya. Apa kita lihat kini, rakyat menderita tak cukup keperluan dan ditambah kenaikan harga barang, pihak luar pula senang-senang ambil peluang beli dan guna peluang keemasan dan kita dengan RELA HATI sekadar tengok sahaja. Malaysia untuk Malaysia Dan Bukan Untuk Orang Asing.

  3. Isu Yang Saya Ingin Utarakan adalah mengenai KEBANJIRAN WARGA ASING di negara Malaysia ini. Secara amnya, upah tenaga buruh yang rendah dan sikap “tidak banyak songeh” merupakan salah satu sebab mengapa majikan di negara ini lebih menjurus untuk memilih menggaji pekerja warga asing. Namun,itu tidak bermaksud kemasukan mereka adalah dialukan tanpa ada sebarang penguatkuasaan. Di Kuala Lumpur,pandang sahaja kiri dan kanan maka anda akan rasa seperti bukan di negara kita. Saya tidak sesekali membawa pengertian kepada semua bahawa kita perlu membenci rakyat warga asing tetapi apa yang utama adalah apakah corak negara kita untuk masa akan datang.

    Malaysia untuk rakyat Malaysia dan bukan hak milik mutlak orang luar. Tetapi, lihat saja kini bahawasanya negara ini umpama satu transit untuk memudahkan mereka membina hidup baru di negara kita. Tidak mustahil jika kita lihat kini rakyat warga asing mula sedikit demi sedikit mula cuba menguasai ekonomi secara tidak langsung, Jika di Chow Kit dan Pasar Pudu warga Myanmar dan Indonesia sudah mula menguasai pasar basah, Pantai Dalam dapat dilihat melalui kedai-kedai makan dan runcit dan tempat-tempat lain pun begitu.

    Saya sayangkan negara Malaysia kita ini dan tidak mahu ia tergadai satu masa nanti. Pihak Barisan Rakyat diharap dapat kemukakan usul ini agar diberi perhatian sewajarnya.

    “MALAYSIA UNTUK KITA DAN BUKAN UNTUK ORANG LUAR”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s