Ketaatan Kpd Pak Lah

298607783_000a81ba58.jpg

” Barangsiapa melihat sesuatu yang tidak menyenangkan dari seorang amirnya
(PM), maka hendaklah ia sabar atasnya, sebab barangsiapa yang memisahkan diri dari jemaah sekalipun hanya sejengkal, lalu ia mati, maka sama dengan mati jahiliyah” (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim).

Dari Abi Bakrah RA berkata, bersabda Rasullullah SAW:
“Penguasa(PM) adalah naungan Allah di muka bumi maka barangsiapa yang menghinakan penguasa(PM) maka Allah akan menghinakannya, barangsiapa yang memuliakan penguasa (PM) maka Allah akan memuliakannya.” (HR. Ibnu Abi Ashim, Ahmad, At Thayalisi, At irmidzi, dan Ibnu Hibban. Dishahihkan Al Albani dalam Adz Dzilal)

Ali bin Abi Talib RA berkata “Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa( PM), sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya : Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa (PM) itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa (PM) yang jahat? Ali berkata : Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa(PM) walaupun ia jahat…” (Riwayat al-Baihaqi)

Abdullah telah menceritakan kepada kami dari Zabriqan dia berkata : Aku pernah berada ditempat Abu Wail Syaqiq bin Salamah, mulailah aku mencaci al-Hajjaj(pemimpin /PM)dan menyebut segala keburukkannya. Abu Wail Syaqiq bin Salamah berkata : Janganlah engkau mencacinya! Tahukah engkau, mungkin dia berdoa : Ya Allah ampunilah aku! Kemudian Allah memberi keampunan kepadanya.” (Riwayat Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhud)

untitled.jpg

“kuar Tajuk” – sos-inbox .

26 thoughts on “Ketaatan Kpd Pak Lah

  1. Interesting. Adakah Pak Lah sedang mengaminkan doa? Ataupun satu lagi session tidurnya? Ni kira nak ‘lawan’ gambar menangis Tok Guru semasa berdoa munajat ke?

    Saya bukan nak membandingkan antara Pak Lah & Tok Guru, tetapi beza umpama langit dengan bumi, Tok Guru menangis semasa dia sendiri berdoa, tetapi Pak Lah ini nampak hanya mengaminkan doa…itu pun tak sure lah, ‘khusyuk’ atau ‘tidur’.

    Pemimpin yang bukan Islam lebih ada maruah daripada pemimpin yang Islam, mereka akur dengan rakyat yang tidak suka kepada mereka.

    Boleh anda nyatakan daripada mana buku rujukan anda berkenaan hadis2 di atas? Kalau setakat rujuk daripada internet sahaja dan cut&paste di sini, tiada ‘sahihnya’ hadis2 anda itu. Sila nyatakan buku/kitab mana rujukan anda sebelum beriya mempertahankan Pak Lah. Kerana kalau anda tahu, Imam yang tidak disenangi oleh Makmumnya, maka ia mengundang kemurkaan Allah. Tolong cari sahih berkenaan apa yang saya baru sebut pasal Imam itu.

    Sekian.

  2. TUMPANG SIKIT SABUL..

    MARILAH BUAT BLOG PERCUMA..
    MARILAH BUAT BLOG PERCUMA..
    MARILAH BUAT BLOG PERCUMA..
    MARILAH BUAT BLOG PERCUMA..

    THEME DIA CANTIK, BOLEH LETAK ADSENSE
    THEME DIA CANTIK, BOLEH LETAK ADSENSE
    THEME DIA CANTIK, BOLEH LETAK ADSENSE
    THEME DIA CANTIK, BOLEH LETAK ADSENSE

    MASUK SINI KAWAN:
    http://leoxa.com/

  3. Wahai bangsaku, ingatlah sesungguhnya kita ini pernah dijajah selama lebih kurang 400 tahun (1511 – 1957). Baru sahaja 50 tahun kita ini menikmati kedamaian yang selama itu kita nanti dan cari, maka telah luputkah kesedaran kita tentangnya? Akan tergadaikah tanah yang kita miliki ini hanya kerana dendam dan sakit hati sesama bangsa kita? Kita dipermainkan dan dimomokkan dengan semangat yang kononnya nasionalisme dan patriotik, tetapi sedarkah kita siapa sebenarnya lawan kita? Mereka ini tak lain dan tak bukan hanyalah orang yang seagama dan sebangsa dengan kita. Kita telah “dibeli” demi memperjuangkan apa yang sebenarnya ialah tuntutan bangsa bukan melayu. Kita telah dikelirukan oleh orang yang mengatakan agama itu milik mereka dan kebenaran itu bersama mereka? Benarkah semua itu? Marilah sama-sama kita renungkan perkara berikut;

    1) Benarkah politik PAS itu memperjuangkan Islam? Andai benar PAS itu memperjuangkan Islam maka, adakah ALLAH itu bersalah dengan tidak memberikan cara itu kepada KekasihNya yakni Rasullullah s.a.w agar mempermudahkan cara menegakkan dan menyebarkan agama Islam? Bermakna tidakkah cara PAS itu sebenarnya lebih mengelirukan umat Islam itu sendiri? Seharusnya jika Tuan Guru Nik Aziz ingin menegakkan Negara Islam, cara Nabi Muhammadlah cara yang paling benar. Janganlah dikelirukan dan mencelarukan lagi agama Islam dengan menobatkan cara merekalah yang lebih benar dari cara Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad tidak menyebarkan dan menegakkan agama dengan cara menjadi ketua Negara dahulu, tetapi menyebarkan dan mendakwah agama itu kepada semua golongan sehingga tidak disukai ketua negara pada masa itu. Jadi seharusnya, Tuan Guru Nik Aziz renungkanlah sejenak perkara ini. Katakanlah CUKUP kepada perkara yang akan menambahkan kekeliruan diantara umat Islam di negara ini amnya dan orang melayu khasnya. Semua pemimpin PAS haruslah bertanggungjawab dalam perkara ini. Akan terkeluarkah Islam orang melayu di Malaysia ini jika tidak menyokong PAS? Akan terjadikah Islam yang sebenarnya yang dituntut oleh Allah dan Rasul jika PAS memerintah Malaysia ini? Adakah jaminan untuk itu atau beranikah pemimpin-pemimpin PAS memberi jaminan untuk perkara itu? Apakah jaminannya? Kembalilah kepada 2 kalimah syahadah, iaitu Allah dan Rasul, Quran dan Hadis atau Perintah dan Cara. Didiklah iman rakyat Malaysia seperti mana Rasullullah mendidik iman para Sahabat sahaja selama 13 tahun. Bukan mendidik mereka dengan tarbiyah keduniaan yang mengkafirkan dan mensyirikkan mereka dengan amalan dan perbuatan mereka. Dekatilah mereka dan bukannya memusuhi mereka. Fikirkanlah wahai para aminul mukminin!!!

    2) Apakah pula perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) milik Dato Sri Anwar Ibrahim? Akan lebih melayukah orang melayu dengan perjuangan DSAI ini? Akan lebih makmur dan amankah Malaysia ini? Akan terhapuskah semua “kejahatan” yang diwar-warkan itu? Akan terbelakah nasib orang-orang melayu dan bukan melayu di Malaysia ini? Apakah pembelaan dan perjuangan selama 50 tahun kemerdekaan ini tidak membawa sebarang makna pada DSAI sehinggakan beliau menjadi seseorang di tanahair tercinta ini. Apakah hilang semua kerakyataan, kekayaan dan kesenangan beliau selama ini? Zalimkah pemimpin sekarang dibandingkan apa yang terjadi di Israel, Afghanistan, Bosnia dan lain-lain negara yang dizalimi oleh pemerintahnya. Kebanyakkan mereka yang bersama-sama DSAI ini hanyalah mereka yang tergolong dari orang senang yang kecewa didalam arena politik itu sendiri. Mereka juga bukanlah apa yang sebenarnya dikatakan pejuang bangsa. Kerana rata-rata dari kalangan mereka juga tidaklah banyak membantu bangsa mereka itu sendiri. Mereka itu sendiri pada hakikatnya adalah memperjuangkan nasib mereka sendiri. Mereka ini memperjuangkan kekalahan mereka dengan membawa slogan kekalahan mereka adalah kekalahan bangsa. Kita dan keluarga kita tidak dibunuh, dinoda ataupun dirampas segala kekayaan dan kesenangan yang kita warisi. Kita dapat menunaikan ibadah serta lain-lainnya dalam keadaan yang paling aman dan damai. Maka zalimkah itu? Akan adakah tempat lain yang dapat kita panggil tanah buat orang melayu di negara asing? Orang cina masih mempunyai Negara China, manakala orang India ada sebuah negara yang dipanggil INDIA. Bagaimana dengan orang melayu? Indonesia hanya mengiktiraf orang melayu sebagai sebahagian rumpunnya dan bukannya tanahair buat orang melayu. Apakah nasib orang melayu? Marilah kita bersatu mempertahankan tanahair kita tak kira dari parti mana kita datang.

    3) Buat Dato Sri Abdullah pula, akuilah bahawasanya ketidaktentuan orang melayu hari ini adalah kerana kelemahan beliau sebagai seseorang yang dipanggil pemimpin. Pemimpin yang baik tidak semestinya bagus dan pemimpin yang bagus itu tidak semestinya baik. Carilah pendekatan evolusi atau revolusi terancang yang dapat membina kekuatan bangsa dan tanahair. Janganlah Pak Lah terlalu yakin pada diri sendiri bahawasanya beliau masih dapat membaiki kerosakan yang telah dilakukan walaupun mendapat sokongan yang sebenarnya bukanlah ikhlas sangat. Yakin sahaja tidak dapat membantu membina sesebuah negara. Malahan kerana yakin itulah nanti yang sebenarnya memusnahkan apa yang diinginkan oleh raykat terbanyak. Sebenarnya keupayaan merancang, membina, melaksana dan menjangka sesuatu itulah yang perlu bagi seseorang pemimpin membina sebuah masyarakat dan negara. Akurlah pada diri sendiri bahawasanya diri itu tidak layak menjadi seorang pemimpin. Bawalah keyakinan itu sahaja untuk membina dan memimpin rumahtangga. Janganlah gadaikan sebuah negara hanya dengan sebuah keyakinan.

    Buat semua orang melayu, kita hanya akan menghargai sesuatu itu hanya setelah kehilangannya. Andai tidak terganti apa yang hilang itu, mampukah kita hanya meratapi dan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan? Mampukah kita melihat warisan kita dimiliki oleh bangsa asing dibumi milik kita sendiri? Inilah TANAHAIR kita!!! Tidak akan ada lagi tanah melayu lain di dunia ini melainkan MALAYSIA (tanah melayu). Kita tidak mahu mengambil dan menidakkan hak kaum lain, tetapi tidaklah bermakna hak kita juga harus diambil dan ditidakkan!!! Apa yang terjadi sekarang ini seolah-olah “menang sorak, kampung tergadai”. PAS dan PKR bersorak melihat kekalahan melayu BN, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak menang. Yang menang ialah DAP. Inilah sikap bangsa kita melayu, lebih rela melihat melayu lain jatuh tersungkur biarpun mereka tersungkur sama dan membiarkan bangsa lain naik. Tidak cukupkah dengan anak-anak kita dapat pendidikan di sekolah yang rata-ratanya prasarananya selesa dan berkualiti? Kita mendapat banyaknya peluang pekerjaan dan perniagaan. Kita mempunyai sistem jalan yang memuaskan berbanding negara-negara lain yang setaraf dengan kita dan banyak lagi nikmat dan kemudahan yang tidak ada pada negara lain. Haruskah kita korbankan masa depan generasi kita hanya kerana kepentingan kita masa ini? Katakanlah CUKUP untuk kesilapan kita hari ini. Buat semua pemimpin melayu, BERSATULAH demi Agama, Bangsa dan Tanahair ini. Korbankanlah rasa dan pendapat demi perpaduan ummah. Lihatlah jari-jari ditangan kita; adakah Tuhan menciptakan jari kita dengan jari-jari yang sama panjang? Maka demikianlah juga sikap, pemikiran dan hati tiap-tiap insan. Tidak sama. Dari itu janganlah kita harap orang lain akan sama dari segi pemikiran dan sikap dengan kita. Tidakkah Al_Quran itu dapat menyatukan hati-hati kita ini. Tidak akan kita jumpa sesuatu yang benar-benar sempurna dalam hidup ini. Bersyukurlah dan hargailah dengan apa yang dimiliki hari ini. Kerana apa yang terjadi hari ini adalah kerana perasaan tidak bersyukur, iri-hati, dengki dan dendam demi menegakkan fahaman peribadi.

    Serangkap baris lagu yang tidak dapat kita dengar hari ini;

    ANAK KECIL MAIN API
    TERBAKAR DIRINYA YANG SEPI
    AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
    BUMI DIPIJAK MILIK ORANG….

    Hayatilah dan renungkanlah.

    Sekian. Wassalam

  4. Putera Raja,

    Anda sedikit keliru dan masih lagi tidak paham apa yang dianjurkan oleh Nik Aziz. Anda sudah ke Kelantan dan perhatikan pendekatan Islam di sana?

    Saya lihat masih menebal lagi ketuanan Melayu anda. Tapi kita kena ingat, UMNO selama ini tidak pernah ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan Melayu, anda tahu dan anda lihat. Contoh terbaru adalah Islam Hadhari. Apa pengisian Islam Hadhari. Saya kesian bila mendengar daripada mulut pengacara TV RTM yang mengatakan bahawa Islam Hadhari yang menekankan kemajuan ilmu dan teknologi. Orang ini agaknya sudah lupa ketamadunan moden yang kita rasai ini adalah diasaskan oleh Islam ajaran Nabi SAW. Islam tidak pernah kata ilmu dan kemajuan teknologi itu asing tidak bersekali dalam ajaran Islam.

    Anda pun saya rasa tahu samaada Islam Hadhari itu betul atau tidak. Dr Yusuf Qardhawi pun ada menulis, tidak ada BRAND dalam Islam. Tidak ada brand Islam India, Asia atau Eropah. Islam Hadhari bawaan Pak Lah adalah satu rebranding of Islam. Hasil daripada orang yang ego yang tak nak akui kehebatan Islam. Logiknya timbul Islam Hadhari, adalah kerana UMNO tidak mahu disamakan perjuangan mereka dengan PAS.

    Maka mereka sanggup kelirukan orang Islam dan Melayu itu sendiri. Tanya pemimpin UMNO, adakah mereka cukup arif akan maksud Islam Hadhari? Saya pasti, boleh kata semua akan terkial-kial menjawabnya. Mereka pun tak paham apa itu Islam Hadhari, kerana apa? Kerana Islam sendiri ajaran Nabi SAW pun mereka tak paham.

    Saya tidak akan berkata begini jika UMNO bergerak berlandaskan Islam, tetapi cara UMNO sekarang langsung tidak berlandaskan Islam. Nik Aziz ada sebut, kalau UMNO ikhlas nak laksanakan Islam, tak perlu nak buat undang-undang atau susah payah pikir, PAS boleh tolong tunjuk ajar (note: bukan exactly dalam bentuk ayat tersebut, tapi boleh dapati dalam YouTube temuramah itu). Cuba fikir sejenak, siapa ikhlas dan siapa tidak. Saya bukan sokong PAS, saya tidak sokong mana-mana parti.

  5. SOKONG 100% Tengku Lizan..

    TERLALU BANYAK KEMUNGKARAN DALAM PEMERINTAHAN UMNO..

    MALAYSIA SATU2 NYE NEGARA ISLAM YANG MENYEDIAKAN PUSAT PERJUDIAN CASINO

    ORG MALAYSIA BERAGAMA ISLAM TIDAK DI BENAR KAN MASUK… TETAPI YG MENJAGA KEAMANAN CASINO SEMUA ANAK2 MELAYU ISLAM.. SUNGGUH MENYEDIH KAN.. JADI HAMBA JUDI HARAM.. APA MAKNA NYE ITU SEMUA.. BERSUBAHAT ATAU TIDAK…???

    DI SEDIAKAN TEMPAT MINUM ARAK YG TERLALU BANYAK DI KL..

    DI SEDIAKAN RUMAH2 URUT… RUMAH2 PELACURAN..

    DI SEDIAKAN JUDI NOMBOR RAMALAN HAMPIR SETIAP HARI..

    ITU LAH ISLAM HADHARI BAGI UMNO..

    SELAMAT KAN LAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA..
    ANAK2 KITA AKAN TERPENGARUH SUATU HARI NANTI..

  6. pak lah salah seorang kakitangan kerajaan yg pemalas.. baca doa pun malas.. skit2 nak tido.. mengantuk sangat ke.. ni mesti malam layan karaoke ni..

  7. Merujuk kepada nyanyian lagu putera raja… anak kecil main api. siapa kata PAS dan PKR menang sorak kampung tergadai.

    Kalau kat perak ni .. org negeri lain tak payah ceritalah pasal UMNO ke PAS.. Kalau DAP kalah pun yang menangnyer Gerakan dan MCA dan MIC. Kalau kat Penang tu UMNO jugak yang gadai negeri pasal bagi jawatan KM kat Gerakan, Tak payah ceritalah pasal isu perkauman zaman sekarang. Buat analisis dulu Calon DUN yg bertanding..lepas tu baru kata saper melayu saper tak melayu.

    Kat Perak ni nak bagi tau yang tak sedar diri nyer orang melayu jugak.. Cina dan India semua dah tak mahu kat BN, itu sebab diorang lebih rela undi PAS dgn harapan supaya orang melayu pun undi PAS, yang penting UMNO tak perintah. soal ketuanan melayu terpulanglah pada PAS pulak, itu pun tak reti ker? Dalam laman blog DAP ramai org kritian berdoa supaya terengganu jatuh ke tangan PAS semula, sebabnyer UMNO bukan nak perjuangkan bangsa atau perpaduan kaum tapi nak gadai Malaysia terus.

    Kadang-kadang nak cerita pasal islam lebih senang cerita dengan orang kafir dari orang islam sendiri. Tak der saper pun nak merosakkan UMNO tu tapi UMNO itu sendiri yang rosak sesama sendiri, Dah banyak kalah dalam PRU 12 pastu tak mengaku salah silap diri sendiri… yang jadi sakit hati lagi bila ramai tokoh umno salahkan pengundi kerana tak membela bangsa melayu. Lain kali buat banyak lagi konsert, program hiburan untuk anak melayu, biar diorang sendiri lalai.. lepas tu umur dah 40 tahun pun tak daftar mengundi lagi. Salah siapa semua ni? Lagi lama bagi kat UMNO perintah lagi ramai melayu tak sedar diri … sekarang putera raja renungkanlah semula. Parti tu cuma dasar tapi jika dapat pemimpin yang bongkak dasar melayu UMNO tu dah tak ader gunanyer lagi.

  8. Wei… Aku benggang betullah tinggal kat Malaysia ni, dah rasa macam tingal kat luar negara. Malaysia dah jadi betul-betul TRULY ASIA. Segala bangsa kat Asia ni ada kat sini dari Indon, Boyan, Bangla, India, Nepal, Myanmar, Vietnam, China, Thailand, Filipino, engau cakaplah semuanya ada kat sini Afrikan dan negro Nigeria pun ada. Aku tak kisah kalau pelancung tapi ni datang sengkek nak pancung sumber pekerjaan rakyat Malaysia.

    Dia oang ni dahlah tak bayar cukai kerajaan tapi sebat pulak subsidi kerajaan yang kita bayar!! Habis beras, gula, tepung, minyak, api, air, letrik, petrol kita dia pakai. Tu yang ada permit, pass, mycard atau PR, yang datang cara haram lagi parah kita dikerjakan siap bungkus (taupau) hantar balik kampung kat Batu Pahat. Kita pulak sponsor dia hidup kat sini. Pastu kerajaan melalak cakap dah tak sanggup nak kasi subsidi pada rakyat lagi tapi pada hakikatnya engkau orang ni yang tak cekap.

    Sempadan Negara dah jadi macam pelacur aku tengok, sapa nak masuk… masuk, nak tidur… tidur, nak keluar, keluar. suka suka dia org aje kluar masuk. sekarang ni lagi haru, datang aje KLIA mohon pass sebagai pelancung lepastu melencung niaga carpetlah, dompetlah, talipinggang, ada siap jadi tauke contrak pulak, tu tak termasuk menyamar jadi rakyat tempatan kerja kat kedai makan, bukak gerai makan pas tu jadi tauke lagi haru!!!! Bebaruni ‘pelancung’ mexico siap niaga dadah pulak kat senai, nasib baik PDRM dapat tangkap kalau tak jahanam.

    Kau orang semua sibuk sebut tentang budaya Islam Hadhari, tapi disebabkan dia org nilah aku tengok yang haram dah jadi halal, yang halal dah jadi haram!!! Apa taknya, gejala sosial dah jadi macam tak terkawal, dulu mana ada kes budak2 hlang, rompak bersenjata, ragut, bunuh berleluasa? Dia org ni kalau setakat tidur laki pompuan kra normal, jalan pimpin tangan lelaki dgn pompuan no hal dah jadi budaya dia org, tapi yang aku geli geleman ni jantan pimpin tangan jantan pergi balik kerja!!! Ni siapa nak jawab ni? Kita nak kenalkan budaya kita pada dia org ke.. dia org yg nak kenalkan pada kita? Lagi satu ni kes budak budak hilang ni tolonglah pantau sebab aku tengok di negara dia org ni klau setakat organ organ badan ni dia og boleh buat duit!!! Ada pulak, hamba sek kat kongsi, mcm syurga madura, ni budaya pekerja asing yang perkenalkan kat kita. Aku tak salahkan polis sebab beban mereka makin bertambah, masalah penjenayah rakyat sendiri lain, penjenayah dari negara asing satu hal. subsidi habis banyak kat kem tahanan.

    Yang halal jadi haram pulak aku tengok, kat kilang kilang tempat yang dia org kerja ni, alamak…. Aku dah kurangkan makan ayam. Sembelih tak sembelih Allah saje yang tahu dan pihak bertanggungjawab yang tanggung. Tahu, teochew, mee, ayer batu semua aku dah tak cuit lagi, geli…. mcm TV3 360 dedahkan. Org kat atas ni tolonglah pantau, engkau org makan kat restaurant, hotel 5 bintang, kita rakyat ni kau kasi makan peluh org Pendatang Asing wek!!!! walaupun korang kita yang lantik.

    Ni lagi satu aku tak beberapa nak faham, apasal pulak Kementerian Pelajaran nak tukar format supaya anak anak yang nak bersekolah ke sekolah kerajaan darjah satu dah tak payah bawa surat beranak??!! Tak ke nanti menggalakkan bertambah anak luar nikah, anak pendatang asing bersekolah disini dengan subsidi kerajaan, anak yang kita tak tahu asal usul mereka nanti! Jangan setakat nak minta surat akuan JKKK atau surat dari penghulu kampong, ini semua boleh dibuat. Sedangkan bangla dan indon pun bleh buat MYCARD atau Passport Antarabangsa Malaysia yang kita panggil canggih. Esok anak Malaysia dgn anak pendatang dah tak ada bezanya. Masanilah digunakan kerajaan untuk buat bancian atau rekod rakyat Malaysia, anak wawasan. Langkah Kementerian ni nanti bukan saja akan menimbulkan kerumitan kemudian hari, malah ibubapa pulak nanti mengambil sikap sambil lewa dan tak daftarkan anak kerana mengambil kesempatan atas sikap tidak apa kerajaan. Pada kementerian pelajaran, janganlah asyik nak tukar tukar polisi, kejap BM, kejap BI lak ni nak tukar balik BM!!! kekalkan yang ada supaya ibubapa atau pendidik mudah nak fokuskan langkah mereka selanjutnya dan dapat melahirkan rakyat yang bermutu saperti MODAL INSANI yang kurang sebut sebutkan.!

    Ni aku cakap dengan hati yang ikhlas sebab aku sayangkan Negara Aku!! Agama Aku!! Bangsa Aku!! Bukan jadi Negara Orang, Bangsa jadi kacukkan tak tahu asal usul keluarga dan ramai yang macam free thinker!!! Sedih dan terhina aku jadi rakyat Malaysia kalau kerajaan syok sendiri tak daya nak implementasi dan kuatkuasakan undang-undang. Aku rasa matlamat kemerdekaaan tak tercapai klau rakyat sendiri kecewa dan hidup melata, mana mana aku pergi bangsa asing merata rata. Rakyat di nganggurkan. Apa kata kalau kali ini menteri menteri pulak digantikan dengan bangsa asing dan dinggangurkan (dah pun jadi kenyataan) Sesiapa yang ada emak bapak dia org kerja kat gomen dan ada kuasa, panjang panjangkanlah salam aku, jangan sibuk asyik bola, golf, bola, golf!!! Gemilang Cemerlang Terbilang, rakyat sendiri kerja hilang!!!!

  9. UMNO dah lupa daratan..???

    Apa perjuangan UMNO untuk org melayu..???

    Siapa itu UMNO…???

    Apa kaitan UMNO dengan orang Melayu…??

    UMNO untuk siapa..???

    Kenapa pepimpin UMNO sentiasa merepek…???

    UMNO sungguh membosankan…

    Kenapa mereka berebut mahu jadi pemimpin..???

    Adakah terlalu masukkk…???

    Kenapa orang melayu kena pilih UMNO…??

    Aku tak paham lah.. sekor pemimpin UMNO pun aku tak pernah jumpa..

    Dimanakah pemimpin UMNO tinggal…???

    Kenapa bila pilihan raya baru mereka muncul..??

    Selama ini kemanakah meraka mehilang…???

    Di sekeliling aku org melayu hidup melarat..??

    Bila masa UMNO bela nasip melayu..??

    Adakah melayu yang terpilih sahaja yg boleh di bantu oleh UMNO..??

    Aku tak paham.. bagaimanakah org melayu mahu minta bantuan dari UMNO..???

    Bantuan apakah yg boleh di beri oleh UMNO..??

    Perlukah aku anak melayu menyokong UMNO…???

  10. Aku rasa aku boleh hidup tampa UMNO…

    tampa UMNO org melayu tetap akan berjaya…

    aku rasa UMNO ni perompak duit rakyat melayu lah..

    UMNO ialah perompak…

    perompak adalah UMNO…

    tampa UMNO org melayu pasti berjaya…

    Tiada lagi kroni..

    Tiada lagi pilih kasih..

  11. kesian pah lah diperbodoh bodoh kan oleh org bawahan nya…

    sebenar nya pah lah memang tak layak jadi perdana menteri..

    mana ada perdana menteri lemah lembut macam gay.. lembik semacam.. tak cergas.. mcm penagih dadah..

    ini semua permainan mahathir saja pilih si lembik.. nanti senang nak guling kan..

    pak lah bercakap pun tak pandai.. bila bercakap pasti membosan kan.. pemimpin apa tu namanya..

    rakyat suruh letak jawatan tak mahu pula.. tamak lah pulak.. dah lah membeban kan rakyat..

    pak lah… pak lah..

    jadi ketua kampung boleh lah lembik2.. ini perdana menteri.. cergas lah sikit.. tegas..

  12. Dapat menantu pun biol…

    perasan dia hebat.. padahal org pandang dia bodoh..

    budak bodoh yg nak bermain dengan politik.. harap2 dapat jadi menteri..

    konek…!!!! tak dapat pun..??

  13. UMNO dulu mungkin boleh diharap.. masa zaman anwar ibrahin dan mahadhir.. itu betul UMNO boleh dibanggakan.. tapiiiii.. UMNO sekarang bodoh2.. tak kan nak ikut jugak.. walaupun UMNO penah berjasa ketika dulu.. tetapi sekarang tidak.. UMNO menghancurkan bangsa melayu.. terlalu bongkak.. menipu rakyat secara beleluasa melalui media.. tamak kan kuasa.. berebut kuasa.. asyik berebut sana rebut sini.. bila masa nak tolong rakyat.. tolong poket sendiri je.. politik memang sial..!!! orang politik memang kaya raya… org no1 terkaya di malaysia org politik.. kecuali pas dan keadilan..

  14. menteri jikalau tak di beri gaji pun sudah jutawan.. gaji hanyalah satu boneka untuk menipu rakyat.. duit haram sja dah bersepah sepah.. duit kopi merata rata.. duit bawah meja lagi.. uuhhh!!! kayo lah…

  15. kuala lumpur.. kereta yg berpelekat KAMI LOVE PAK LAH seperti di atas.. telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.. pemandunya cedera parah dan mati di tempat kejadian.. jenazah selamat di kebumikan di perkuburan UMNO berdekatan.. PAK LAH tiada masa melawat beliau kerana banyak urusan penting yg lain..

  16. Aei… Poneng kopala den… Nyosal lak bagi kawen dongan anak den. Dioni dulu tak do koja.. Koja kat jual paper lamo yo.. Den tak tau lak taktik dio nak jadi monteri caro paling sonang pakai kawin dongan anak pak monteri dolu baru boleh terus jadi monteri. Lak ni huru hara negaro den dio kejakan.

    Dio ni melebehi pak monteri lagaknya, anak den sendiri tak sabul macam dio, iolah… darah keturunan pak monteri memanglah beradap tapi dio ni biadap, malu lak nak ngaku monantu nengok perangai macam hantu, monantu hantu!!!

    Sesiapo yang konal orang macam nie tolonglah bagi tau dio yo.. jangan jadi ‘lebih sudu dari kuah’ moluat orang ramai nengok. macam orang tadak pelajaran jo.. macam ni ke nak pimpin negaro?

    PRU12 dah pun lamo abis, tapi den kocewa, den dah taada kampung, kampung den dah kona tawan, jadi den ingat nak pindah rombau ajelah.. boleh kah?

    Den ingat lagi lima tahun PRU13 den nak guna format baru untuk mengundi, den nak guna AFUNDIBN ka, AFUNDIPKR ka, AFUNDIPAS lagi sonang, Den memang suko tukar tukar polisi ni.. Dolu pertanian, pastu industri, pastu IT, pastu tukar balik pertanian, pastu sekarang industri balik. Cemerlang, Gemilang, Terbilang ramai usahawan HILANG.

  17. Azalina, Kuda Dan Air Mata Buaya

    Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.

    Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.

    Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!

    Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.

    Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”

    Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?

    Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:

    Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:

    1. Hukuman Mati Mandatori
    2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
    3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

    Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!

    Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
    DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!! – Ruhanie Ahmad

  18. Entahlah kalau di fikirkan keadaan politik sekarang. Kalau zaman Tun Dr. Mahathir adalah zaman kegemilangan Malaysia. Itu pandangan pak lang. Zaman Tun Dr. Mahathir tak pernah terlintas anak-anak menantu dia di calunkan sebagai Ahli parlimen. Tapi zaman Pak Lah awal-awal lagi telah menunjukan sikap Kronisme dengan mencalunkan menantu sebagai ahli parlimen. Sekarang pengundi dah pandai berfikir. Kalau dulu penyokong UMNO ambil tunggul kayu balut dengan bendera BN pun mereka mengundi tunggul kayu tu. Sekarang banyak pengundi muda dan pengundi lama yang ah buka mata terhadap apa yang berlaku. Paklang tertarik dengan kain pemidang semasa pilihanraya tempohari “SELAMAT TINGGAL BN, CUKUP 11 KALI TIPU RAKYAT”. Adakah patut perjanjian yang di buat oleh wakil rakyat yang di lantik oleh rakyat dengan pemegang konsesi lebuhraya dan bekalan air adalah rahsia dan tak boleh di ketahui oleh rakyat. Mungkin perkataan konsesi kena tukar kepada KONGSI. Kalau UMNO hendak kembali di hormat pak lanh perlu berani berubah. Jangan jadi cerita ANAK KU SAZALI, apa anak buat “Oh Anakku SAZALI’. Mungkin paklah jadi “Oh Menantu Ku Khairy’. Menyesal kemudian tidak berguna. Bagi org yang gila kuasa dan gila harta, maruah Melayu tergadai pun tak kisah asalkan ia dapat apa yang di hajatinya. Paklah perlu berubah atau lebih senang Paklah perlu di ubah bagi menyakinkan org melayu.

  19. umno itu parti politik untuk bangsa melayu

    pas itu parti politik utk org islam x kira bangsa yg mahukan ‘full islamic law applied in malaysia'(ada betui ka nik aziz?)
    ala ala arab saudi

    dituduh umno tidak mengamalkan syariah islam kerana bekerjasama dgn mca dan mic

    tapi apa fungsi parti DAP?
    bodo bahalul la jugak PAS tu… cakap memang murah le oii presiden PAS yg melayu tu

    PKR itu bangkai biawak sahaja, x buang xpe cuma buat busuk melayu
    pehal DSAI cakap2 makal sakti
    ke utk dia nak bagi melayu malaysia ni jahanam?

  20. Pangkah mana-mana pun rakyat Malaysia jugak.
    Nak kata Nik Aziz pun tak guna jugak, buatnyer Pak Lah kata kita terima perundangan islam macam nik aziz nak, habis bubar PAS. Buatnyer Pak Lah kata kita bagi jer pada Anuar jadi PM asalkan pakai perundangan islam macam PAS nak. Lim Guan Eng pun cakap kita mahu demokratik bagi sama rata kaum tak kira iban, murut, kadazan, melanau asalkan dia seorang pentadbir yang amanah ikut perlembagaan.

    Kita nak gaduh-gaduh pasal saper betul saper salah pun tak guna jugak diorang kat parlimen sambil minum teh gelak-gelak ape kes? tak payah nak kata saper-saper, yang penting dah habis PRU-12 buat lah keje kita balik macam asal. kita dah pangkah calon yang menang biar diorang jerlah nak berperang kat sidang DUN atau Dewan Rakyat. Nak cerita pasal dasar parti pun tak guna jugak ungkit kisah yang lama-lam buat aper? habis-habis kuat pun saper jadi pemimpin dia jugak yang nak ubah ker nak aper pun. Dulu BN tak sebut pun pasal islam sekarang dah ada islam hadhari, dulu PAS sebut pasal negara islam sekarang tidak lagi, jadi tengoklah mana satu pemimpin yang dirasakan masih relevan ke tidak.

    Soalnyer semua perkara boleh berubah, ini kan pula manusia. Pemimpin BN yang ada sekarang pun bukan tentu sangat nak sokong BN di masa akan datang. Begitu jugak pemimpin DAP pun sebenarnyer banyak juga yang dari BN dulu. Jadi tak hairanlah kita sebagai pengundi paling tinggi pun Ketua Bahagian tak dapat jadi calon sudah pasti boleh berubah bila-bila masa pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s