Headlines for today..

   

  

>>>>>

Tolak Jawatan


Ada menteri yg tolak jawatan sebab tidak puas hati dengan jawatan yang diberikan. Mereka ingin menjadi Menteri Penuh.
>>>>>

Radzi letak jawatan


Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, iaitu bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang digugurkan daripada Kabinet, mengumumkan perletaka jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta.
“Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung … saya tak boleh kerja,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
>>>>>

Terkilan Rafidah gugur


“Saya memang sedikit terkilan apabila nama Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz digugurkan, tetapi tetap menyakini barisan Kabinet baru ini,” kata bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Zaleha Ismail.
Beliau berkata, pengguguran berkenaan memperlihatkan buat pertama kali dalam sejarah negara ini, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita tidak mempunyai tempat dalam Kabinet kerajaan Pusat.
>>>>>

Rafidah akan terus terajui Wanita


Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan daripada Kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata, beliau akan terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO selagi dikehendaki pergerakan itu.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu yang telah berada dalam UMNO selama 42 tahun akan mengadakan pertemuan dengan Exco pergerakan tersebut pada Jumaat ini untuk menyusun semula aktiviti bagi mengukuhkan parti.- Utusan.
>>>>>

BPR Sarawak Siasat Dakwaan Politik Wang Semasa Tempoh Kempen


KUCHING, 19 Mac (Bernama) — Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang dalam proses mengumpul maklumat mengenai dakwaan memancing undi dengan menggunakan sogokan wang semasa tempoh berkempen bagi pilihan raya Parlimen di Sarawak pada awal bulan ini. Enggan menyatakan kawasan Parlimen berkenaan, Pengarah BPR Sarawak Mohamad Yusoff Akope berkata, BPR sedang menyiasat dakwaan tersebut hasil maklumat orang ramai. “Ada dua,tiga kes. Kita sekarang tengah mengumpul maklumat dan jika ada bukti kita akan jalankan siasatan lebih mendalam. Buat masa ini saya tak boleh beri penjelasan terperinci kerana kita mahu tahu sama ada dakwaan itu sahih atau tidak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kebanyakan maklumat yang diterima ialah melalui surat layang dan panggilan telefon.
>>>>>

PM , TPM , UMNO .. bergegar pada 9.0 skala ritcher

PM menegaskan bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Apa yang saya ketahui ialah saya telah diberi mandat dan saya masih ada di sini. Saya percaya ia merupakan satu mandat yang kuat di mana kita hanya kekurangan lapan kerusi untuk memperoleh mandat majoriti dua pertiga.

“Saya juga mempunyai hubungan yang terbaik dengan Najib, kenapa anda tanya soalan itu?”

Abdullah mengulas spekulasi kemungkinan berlaku undi tidak percaya terhadap beliau serta cakap-cakap konon hubungannya dengan Najib berada dalam keadaan ‘tidak baik’.

Persoalan itu ditimbulkan oleh seorang pemberita kerana Najib tidak mengiringi Abdullah pada sidang akhbar hari ini sedangkan ketika barisan Kabinet diumumkan pada 2004, Najib turut berada di sisi Perdana Menteri. Ditanya mengenai perkara itu, Abdullah menjelaskan, Najib masih belum menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sehingga beliau mengangkat sumpah esok.

Kamu terlalu berprasangka,” katanya kepada pemberita.
Hubungan baik antara beliau dan timbalannya itu terbukti apabila Abdullah mempertahankan Najib ketika beliau ditanya mengapa Timbalan Presiden UMNO itu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan pembangkang melemparkan pelbagai kritikan dan mengaitkannya dengan kes rasuah.
>>>>>

Suami dan Isteri

Khabar angin mengatakan usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan sokongan daripada anggota Parlimen Sabah dan Sarawak untuk menyertai PKR.
Pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS bersetuju mencadangkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Ketua Pembangkang bagi penggal Dewan Rakyat sekarang
>>>>>

Undi Tidak Percaya


01 -Wakil dari kelantan mahukan perhimpunan khas UMNO diadakan dalam tempoh terdekat.
02- Wakil dari Kedah hantar Surat mahukan Pengerusi Letak Jawatan.
03- Wakil dari Perlis sudah Letak Jawatan.

4 thoughts on “Headlines for today..

  1. POST LINKS KORANG DEKAT BLOG COMMENT IS YOUR STRATEGY TO GET MORE TRAFFIC. I KNOW THAT. BUT YOU JENGLOT, PLEASE RESPECT BLOG OWNER. YOUR FLOOD COMMENT IS MUCH LIKE A SPAM. GO TO HELL WITH YOUR WEBSITE, YOU WILL GOT NO VISITOR IF YOUR CONTENT/WEBSITE IS NOT INTERESTING. CARI PENDEKATAN BARU. BUT BEAR IN MIND THAT CONTENT IS 1ST, SERVICES IS 2ND, AND SO FOURTH.. FLOOD COMMENT IS ONLY 2.1% HELP YOU.

Leave a reply to helo_hello Cancel reply