Tan Sri Khalid ibrahim – MB selangor ke 14

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar Selangor dan juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.Tetapi pada Pilihanraya umum ke-12 beliau menang di ijok dan parlimen Bandar Tun razak.

Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (19791994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (19952003).

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor.

Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.

Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

sos.wikipedia

11 thoughts on “Tan Sri Khalid ibrahim – MB selangor ke 14

  1. nO 1 HAPUS.. NOMBOR EKOR. jangan bazir duit. HARAM
    nO 2 HAPUS.. tOL. Syok sana sini tak yah tol
    nO 3 HAPUS.. BayOr parking. Leceh nak bayor, turun kete terus kuar je.

  2. No.4 HAPUSKAN Pendatang Asing (Izin, tak izin biar org m’sia bangunkan negaranya sendiri cepat atau lambat mcm kat Jepun)
    No.5 HAPUSKAN Mat rempit (Klau Ketua Mat Rempit boleh kita hapuskan kenapa tak macai-macainya)
    No.6 Hapuskan Subsidi perlahan lahan (Tapi buka peluang pekerjaan seluas luasnya untuk rakyat kerana subsidipun dibantai warga asing yang tak bayar cukai kerajaan)
    No.7 Hapuskan Ah Long (Punca Vandelisma Di Bandar)
    No.8 Hapuskan Penagih Dadah dan Bekas penagih Dadah (Hantar ke pulau yang ditentukan, Klau mak bapak dia org pun dah tak boleh terima dia org apakan lagi masyarakat. Punca kes ragut, rogol pelancung pun takut nak dengar nama m’sia atau m’sian)
    No. 9 Hapuskan Kakitangan kerajaan yang tak faham kerja mereka. Dia org ‘Civil Servant’ bermakna ‘Amah Masyarakat’ atau ‘Pembantu Masyarakat’ atau ‘Hamba Masyarakat’ bermakna dia layan kita bukan kita layan kerenah dia org.(sebab dia orgni nak cuti, cuti, nak minumlah, meetinglah, kursuslah, kita hantar borang tukar nama 6 bulan. Dia parking depan pejabat, kita nak bayar kasi dia duit kena cukai panjat bukit)
    No.10 dan seterusnya atas permintaan…. tq

  3. Kakitangan kerajaan perlu di hormati..?? sebenarnya manusia sesama kita mesti saling hormat menghormati tetapi kakitangan kerajaan ni kekakadang lorat… Pada mereka kita ni rakyat kalau datang berurusan dengan mereka ibarat satu beban kepada mereka, menggangu hidupan seharian mereka, kalau boleh jangan tambahkan beban kerja pada mereka sebab pada mereka, mereka ni sama macam kakitangan kerajaan lain yang cuma nak cari makan. Jadi jalan paling mudah mengherdik atau memarahi orang yang datang berurusan dengan mereka agar rakyat serik berurusan dengan mereka. Padahal gaji mereka kita yang bayar melalui cukai!!!! (Cara menanganni masalah ini senang, kuasa ditangan kita lima tahun sekali, GUNAKAN.!!)
    Memang betul, mereka berlagak ibarat menteri,lebih sudu dari kuah, pantang berpangkat tinggi sedikit, selisih bahu dengan org awam tak menegur, malahan jika kita tegur mereka, mereka kekadang buat tak dengar padahal kita yang pangkah mereka. (senang citer, ubah angin).

  4. tunggu dan lihat apa tindakan beliau. Jikalau pemerintahan beliau tidak ok kita akan buat bantahan…lg satu tak semua org yang mempunyai kelulusan yan tinggi serta berkedudukan tinggi dapat membimbing sebuah negeri yang serba canggih ini….tunggu dan lihat sahaja.

  5. aduhai kasih aduhai
    kenapalah mb dari pkr(agenda palsu), parti musim panas(summer party time) dipermain2kan oleh parti dap sahaja. musim kering nanti bil air naik 15rm 1 meter padu sebab time musim hujan mb dah banyak bagi free.
    aduhai selangor aduhai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s