P.094 Selangor
•April 16, 2010 • Leave a Commentbantu palestin
•January 25, 2009 • Leave a Comment


Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) 
2 timbalan menteri mungkin hadapi tindakan
•January 25, 2009 • Leave a Comment2 timbalan menteri mungkin hadapi tindakan – Syed Hamid 25/01/2009 12:40pm
JOHOR BAHRU 25 Jan. — Dua timbalan menteri kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menyerbu dan menceroboh bilik mayat Hospital Serdang di Selangor pada Selasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hadir di bilik mayat itu apabila sekumpulan orang memasuki premis itu untuk memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis. “Tiada menteri atau anggota pentadbiran terkecuali daripada undang-undang dan jika mereka melakukan kesalahan, mereka perlu hadapi akibatnya,” kata Syed Hamid kepada pemberita selepas menghadiri forum umum mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini malam tadi. Beliau juga berkata 11 anggota polis yang sedang disiasat atas dakwaan mencederakan Kugan juga tidak akan terlepas daripada tindakan jika mereka didapati telah menyalahgunakan kuasa mereka. Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Jan di balai polis Taipan di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kecurian kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, mati semasa disoal siasat pada Selasa. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata bedah siasat mendapati kematian Kugan akibat paru-paru berair tetapi keluarga Kugan mendesak diadakan bedah siasat kedua, mendakwa kematian Kugan akibat kecederaan. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kemudian menyatakan kematian Kugan telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Mengenai forum itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai “The Patriot” dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Syed Hamid berkata kementerian bersedia mengadakan forum serupa di seluruh negara bagi meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai ISA. Katanya forum seumpama itu merupakan platform penting bagi kerajaan untuk mendapatkan input mengenai ISA daripada orang ramai. — BERNAMA
dipetik dr utusan.com.my
Selamat Berpuasa dan hari raya
•September 7, 2008 • Leave a Commentselamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya .
buat masa ini senyap sikit. idea tak der.
TQ
Statement dari KJ
•June 29, 2008 • Leave a CommentAnwar kreatif cipta kontroversi – Khairy
TEMERLOH 29 Jun – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.
Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja taktik untuk menarik perhatian masyarakat kononnya nyawanya terancam.
‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan seorang pemuda yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di ibu negara.
Pemuda berusia 23 tahun itu dan merupakan pembantu khas kepada Anwar telah membuat laporan di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang Khamis lalu.
‘‘Kononnya nyawa (Anwar) diancam, Anwar kini berlindung di Kedutaan Turki dan taktiknya bersembunyi di kedutaan asing mengiyakan pandangan sesetengah pihak selama ini beliau bersekongkol dan bekerjasama dengan kuasa asing.
‘‘Sepatutnya, jika benar nyawanya terancam, Anwar hendaklah membuat laporan polis dan bukannya berselindung di kedutaan asing di negara sendiri,” kata beliau.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan taktik tersebut dan sebaliknya biarlah polis membuat siasatan mengenai dakwaan tersebut. – utusan
Soalan Rakyat
•June 19, 2008 • 3 CommentsAda soalan untuk kerajaan?
AHLI-AHLI Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk
dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun
hingga 15 Julai.
Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah,
aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.
Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu
ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil
rakyat untuk rakyat dan negara.
Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada
parlimenpakatanrakyat@gmail.com
pasjohorbahru@gmail.com
Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:
- nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh)
- alamat dan no telefon
- Ahli parlimen di kawasan anda
Sireh Pinang Pulang Ke Gagang
•April 20, 2008 • Leave a CommentSpeaker:
> Tuan-tuan dan Puan-puan YB, YB sekalian
> Selamat datang ke ini dewan
> Di gallery dewan sila perhatikan
> Terdapat wakil-wakil jemputan
>
> Mereka datang hendak melihat
> Perbahasan dijalankan dengan sihat
> Penuh dengan adat istiadat
> Melayu lama yang penuh keramat
>
> Tahun Melawat Malaysia yang baru ini
> Program disusun di 8 negeri
> Semua disusun oleh Cik Menteri
> Lalu di jemput wakil di galeri
>
> Lim Guan Eng:
> Wahai Tuan Speaker bijak bistari
> Izinkan saya mencelah disini
> Malaysia ada tiga belas negeri
> Mana pergi yang lima lagi?
>
> Speaker:
> YB Guan Eng Ketua Menteri
> Menterinya sedang duduk disini
> Pada waktu bersoal nanti
> Kepada dia tanyalah sendiri
>
> Selamat datang pada semua
> Mari lah kita mula berkerja
> Sila baca di atas meja
> Rang undang-undang baru yang nak ditaja.
>
> Nazri:
> Tuan Speaker Parlimen yang bersidang
> Kerajaan BN ingin mencadang
> Diluluskan suatu undang-undang
> Melompat party perbuatan terlarang
>
> Speaker:
> Terima kasih wahai YB
> Nampak muka tak berapa berseri
> Adakah YB dimarah isteri
> Atau belum dapat job specs lagi?
>
> Nazri:
> Tuan speaker yang baru dilantik
> jangan cuba tunjuk cerdik
> Rang undang-undang silalah tilik
> Nanti kena debik terus balik
>
> Speaker:
> Wahai semua ahli berhormat
> Sila baca dengan cermat
> Undang-undang pencegahan melompat
> Sila bahas beri pendapat
>
> Ibrahim Ali:
> Tuan speaker yang bijaksana
> Saya ingin hendak berkata
> Perkataan melompat saya tak suka
> Seolah-olah dok perli kat saya
>
> Karpal Singh:
> Saya mau tanya sama itu menteri
> Ini undang-undang lompat party
> Apa pasal dulu ada kasi
> Tapi sekarang tak mau lagi?
>
> Nazri:
> Ayo Bhai dengar sama saya
> Dulu Mahathir banyak suka
> Lompat sini lompat sana
> Tapi masuk dia punya party saja
>
> Ini sekarang Abdullah Badawi
> Lompat party tak mau kasi
> Kalau orang lompat party
> Serupa macam sudah cerai isteri
>
> Wan Azizah:
> Oh begitukah penjelasannya
> Diberi pada dewan yang mulia
> Izin kan saya hendak bertanya
> Takut apa kah yang sebenarnya?
>
> Mashitah:
> Wahai Kak Wan indah jelita
> Izinkan saya mencelah berkata
> Kami tak takut pada sesiapa
> Cuma kehendak rakyat jelata
>
> Tian Chua:
> Terima kasih senator Mashitah
> Kerna penjelasan diberi sudah
> Dah selesai kah kes tanah
> Atau masih naik turun mahkamah?
>
> Mashitah:
> Tengok lah Tuan Speaker, Tian Chua ini.
> Kes dalam kain saya di bawa ke sini
> Kalau macam ni sungguh tak aci
> Suruh dia keluar lani.
>
> Speaker:
> Wahi senator sila bertenang
> Jangan pulak nak mula berperang
> Oi Tian Chua, apa pandang-pandang
> Baik engkau mintak maaf sekarang.
>
> Nurul Izzah:
> Kenapa maaf yang perli di pinta
> Bukan dia buat salah apa
> Cuma sekadar ingin bertanya
> Kan itu perihatin namanya?
>
> Najib:
> Apa kah ini semua
> Hajat pembangkang yang sudah gila
> Mahu menghina si senator jelita
> Mari Mashita duduk tepi saya
>
> Jamaludin Jarjis:
> Tuan Speaker, saya dah marah
> Pihak pembangkang bikin karenah
> Mengapa nak hina Senator Mashitah
> Jealous dia comel dan juga bergetah?
>
> Speaker:
> Tenang, tenang YB semua
> Berhenti bercakap biar lah reda
> Memang Tian Chua bersalah menghina
> Mintak maaf lah oi China.
>
> Kit Siang:
> Saya bangkang tuan speaker punya cakap
> Tuan Speaker sangat biadap
> Cakap bangsa-bangsa ini semua manyak tak sedap
> Macam monyet dalam lokap
>
> PM:
> Apa ni, apa ni YB semua
> Macam ni semua saya tak suka
> Kalau ini diteruskan juga
> Saya nak letak jawatan saja
>
> Kuli:
> Izin kan beta pulak bertanya
> Wahai Perdana Menteri Malaysia
> Kalau PM nak turun takhta
> Siapa pulak penggantinya?
>
> PM:
> Wahai Kuli anak raja Kelantan
> Perangai huduh macam setan
> Kepada engkau tak ku berikan
> Kepada Khairy ku beri jawatan
>
> Najib:
> Tuan Speaker apakah ini
> Mana boleh jadi begini
> Ini semua tak aci
> Kenapa saya diketepi
>
> Mukhriz:
> Tuan Speaker saya membangkang
> Ini tak adil sangat terang
> Khairy dapat saya terkangkang
> Nanti bapak saya istihar perang
>
> Speaker:
> YB, YB, YB diaaaaammmmm!
> Dewan yang mulia jangan di kelam
> Peraturan ini saya masih tak faham
> Semua bikin saya demam
>
> Dengar sini wahai semua,
> Beri lah masa saya bernyawa
> Dewan ditangguh pulang lah segera
> Nanti dipanggil di lain masa.
>
Pulangkan ..PTPTN
•April 20, 2008 • 1 Comment(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang
(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku
Pulangkan hutang-hutangku- (Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku- (Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-
(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex- Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-
(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-
(Ex-Student)
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa
heeeee…



